Alhamdulilah saya dan isteri Puan Hajah Feridah
selesai menunaikan fardu haji dan selamat pulang ke tanah air
selesai menunaikan fardu haji dan selamat pulang ke tanah air
pada 5 Disember 2009.

Sekadar mengingati rakan-rakan yang sama-sama(sebilik di Durd Qud - Makah
- Encik Salih bin Ahmad dan isteri Puan Noraishah (kak Esah)
- Encik Hairudin bin Tamin dan isteri Puan Khatijah
- Encik Mohd Amin bin Elias dan Mak Long(Azizah)
- Encik Sabar bin Muhd dan isteri Puan /Kak Limah
- Encik Sabarudin dan Isteri Puan Siti
- En. Ab. Rahman dan isteri
Sekadar mengenang kembali :
Majlis memohon kesejahteraan telah selesai, Pada hari yang ditetapkan kami bertolak ke Kelana jaya. Pukul 3 pagi kami dikumpulkan. Dibawa dengan bas, oleh kerana sesuatu hal yang tidak dapat dielakkan penerbangan kami ditangguhkan selama 6 Jam. Kami berehat di hotel.
Pukul 10 pagi bas bergerak ke KLIA - Polis Diraja Malaysia bermotosikal mengiring perjalanan ke KLIA. Semua urusan penerbangan selesai dan kami berlepas pukul 2 petang selepas Solat Zuhur Qasar dan Jamak. Penerbangan KT 8 PESAWAT Saudi bergerak lancar.
Kami sampai di Madinah hampir Maghrib.Urusan masuk selesai dan kami dibawa terus ke Hotel yang tidak jauh daripada Masjid Nabawi. Kami Solat Maghrib dan Isyak di tempat pemeriksaan masuk. Kami diberi maklum agar berihat dan esok Solat Subuh di Masjid Nabawi.
(Sepanjang hampir 7hari kami di sana - kesempatan Solat di Raudah, melawat Bakiq, Solat Dhuha di Masjid Khubak : begitu teruja : melihatkan bagaimana kesungguhan manusia bangsa lain bersolat= penuh khusyuk, melihat manusia bangsa lain mengadap Makam Rasulullah dan sahabat-sahabat baginda begitu bersungguh-sungguh- menitiskan airmata,menangis memohon syufaat dan keampunan. Aku terasa begitu kurang rasa diri, terlalu sukar untuk menitiskan airmata- mengapa..... ) Kami sempat menunaikan 38 waktu solat berjemaah dan 1 kali solat jumaat)
Pada hari ke 7, kami diarahkan memakai ihram, bertolak ke Bir Ali pada waktu Maghrib. Kami sampai diBir Ali, Solat Maghrib /Isyak dan terus berniat mengerjakan umrah. Pergerakan ke Makah diteruskan dan sampai pada waktu subuh.
Saya ditempatkan di Tingkat 8 bilik 10, bersama-sama dengan 6 yang lain. Berehat.
Kami berkumpul untuk bergerak ke Kaabah /Baitullah selepas waktu maghrib. Kami dibawa oleh seorang mutawib Arab. Diberi penerangan dan dipimpin sama mengerjakan tawaf dan seterusnya Sai.Setelah selesai bergunting kami pulang ke hotel. Begitulah seterusnya berulang alih keBaitullah bersolat 5 waktu.
Pada 9 Zulhijjah 11.00 pagi kami menaiki bas untuk bergerak ke Arafah. Hujan telah turun dengan lebatnya. Kain ihram yang dipakai telah basah, begitu juga pakaian di dalam beg. Keadaan di Padang Arafah basah. Air bertakung, khemah bocor,elektrik diputuskan Kami redha apa yang berlaku. Esoknya kutbah di Arafah, bersolat, berdoa dalam suasana yang telah kering.
Kami bergerak ke Muzdhalifah selepas solat Maghrib dan Isyak(Jamak Tamam). Sampai di Muzdalifah, mengutip batu, bersolat untuk menunggu giliran bas no 10 ke Mina. Kami bermalam dan selepas solat Subuh(berwuduk menggunakan siraman air yang dibawa) barulah bergerak ke Mina. Kami berhimpun dalam khemah besar. Berbincang untuk ibadat melontar Jumrah Aqabah. Kami sepakat untuk bergerak selepas waktu zuhur.
Perjalanan hampir 3 km. Bergerak perlahan, kerana ramai manusia. Memuji kebesaran Allah.Alhamdulilah ibadah melontar dapat kami buat dengan agak tenang dan selesa. Kemudian bercukur dan bolehlah kami berpakaian biasa. Pada hari-hari berikutnya kami terus melakukan 3 lontar berturut-turut(13 Zulhijjah).
Kami telah bersiap untuk kembali semula ke Mekah untuk menyelesaikan rukun dan wajib haji yang lain. Sesampai di hotel, bersolat zuhur dan bergerak terus ke Baitullah untuk Tawaf haji - Satu pusingan di dataran dan kerana terlalu bersesak kami naik ketingkat 2, sekadar 1 pusingan, agak tidak selesa kami turun semula menyelesaikan sebahagiannya di bawah. kemudian kami Sai, Azan Asar menyaksikan kami selesai mengerjakan ibadat rukun dan Wajib haji-
31 November 2009.
Ada beberapa hari lagi berbaki - kami teruskan ibadat seperti biasa, bersolat 5 waktu.
Setelah Tawaf Widak(Jam 12.00 t/malam) kami bergerak meninggalkan Baitullah dan Mekah Ke Mudinatul Hujjah.
(Sepanjang hampir 35 hari di Mekah - terasa sekali lagi daifnya diri, bezanya kita : Sempat mengadap Baitullah/Multazam dan Hijir Ismail memohon keampunan namun bila saya lihat orang lain berdoa menitiskan airmata , tapi kenapa terlalu sukar )
Urusan penerbangan selesai dan kami sampai ke Tanah Air pada waktu Subuh(5Disember 2009).
Segalanya telah bertukar, Status yang di sandang mencabar kekuatan iman, mudah-mudahan aku berubah menjadi Pak Aji yang baik. Insyaallah.AMIN.

No comments:
Post a Comment