Saya telah terlalu lama digelar guru koperasi. Saya telah merintis penubuhan Koperasi di SMK Simpang Bekoh. Bertugas di sana hampir 15 tahun. Kemudian berpindah ke SMK Nyalas. Merintis satu lagi koperasi. Kini usia saya menjadi guru 30 tahun, 25 tahun digelar guru koperasi sekolah.
Aku tidak dapat jangkakan apakah ini telah disuratkan atau aku takut untuk beralih angin. Meninggalkan koperasi sekolah. Kini tinggal 4 tahun lagi, mahu rasanya koperasi ini kutinggalkan. Mencari pilihan lain. Telah terlalu tua dan telah terlalu lambat untuk aku mengubah haluan.
Koperasi untung setiap tahun, tapi hatiku kerap berkata-kata aku begini selamanya- rakan-rakan yang seusia telah jauh meninggalkan aku yang masih tahap yang paling bawah.
Dimana aku sekiranya aku tidak digelar guru koperasi. Entahlah hanya Allah yang Maha mengetahui.
No comments:
Post a Comment