Monday, June 28, 2010

Lembaga Adat Suku Anak Melaka Tahun 2010



Saya telah menghadiri mesyuarat tersebut dengan tujuan memahami pelaksanaan adat yang dijalankan dan membabit saya sebagai salah seorang suku anak Melaka

Mesyuarat Lembaga Adat Suku Anak Melaka Tahun 2010 telah diadakan pada 27 Jun 2010 di Rumah Puan Hjh. Saonah Hj. Kassim, Kg. Gubah.
Mesyuarat ini dihadiri oleh kira-kira 40 orang dan turut dihadiri oleh Datuk Penghulu Adat : En. Ibrahim bin Joned.
- Waris Suku anak Melaka yang tertua - Tuan Hj.(Imam) Ahmad bin Kassim dan Tn. Hj. Salam bin Durin.
- Mesyuarat dipengerusikan oleh Datuk Sidang Suku Anak Melaka : Encik Ismail bin Kuros.
- Agenda utama Mesyuarat ini adalah untuk mencari ganti Buapak Hj. Md. Tolah yang telah meletakakan jawatan atas sebab-sebab kesihatan.
Antara keputusan yang diambil:
- Melantik buapak yang baru iaitu Tuan Hj. Hashim bin Hassan.
- Buapak yang dilantik akan menjalankan tugas adat dari Bukit Palembang - Pondok Batang
- Semua urusan adat: Anak buah mestilah merujuk terus kepada Buapak(Nikah Kawin/bertunang, kematian)
- Peranan Datuk Sidang sekadar membantu/Buapak tidak dibenarkan mengagihkan tugas tanpa alasan yang munasabah.
-

Buapak Suku Anak Melaka : Tuan Hj. Hashim bin Hassan
Datuk Sidang Suku Anak Melaka : En. Ismail bin Kuros.



Tetamu Kehormat : Datuk Penghulu Adat : En. Ibrahim bin Joned
Antara Suku Anak Melaka yang hadir


Waris tertua : Tn. Hj. Ahmad bin Kassin & Tuan Hj. Salam bin Durin

No comments:

Post a Comment