Thursday, July 22, 2010

TERIMALAH

Hari ini,Khamis bersamaan 22 Julai 2010, sepatutnya aku menerima watikah pelantikan Pengerusi JKKK Kg. Pondok Batang/Abbey di MITC Melaka, tetapi pada 1 JUN 2010 jawatan itu telah kuserahkan kepada rakanku. Aku tidak ke MITC.
Jam 12.00 tengahari, aku dihubungi Unit Naik Pangkat JPM untuk hadir mengadap Pengarah Pelajaran Negeri Melaka pada jam 2.00 petang.
Aku ke sana. Pengarah berucap berkaitan perjawatan dan keguruan:
Guru/Cikgu mesti : Cerdik
Cikgu mesti : Integriti
Cikgu mesti : Komited
Cikgu mesti : gigih
Cikgu mesti : Unggul - Menepati masa
- Penampilan kemas
- tuturkata
- perlakuan
Dan akhirnya aku menerima : dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum Di SK Chabau, berkuatkuasa pada 16.07.2010.
Perasaanku berbagai rasa : semacam satu kejutan, (Gembirakah,sukakah,terimakah...entahlah)
Sebelum ini aku rasa cukup dipinggirkan, hari ini bila ditawarkan terasa tidak menggembirakan
Sebelum ini aku rasa bagai tidak dipedulikan, hari ini bila saat begini terasa aku bagai hilang punca, hilang kekuatan dan hilang keyakinan.Aduhai ini aku sebenarnya - tidak pernah kukuh jatidiri.

Esok tamatlah perkhidmatanku di SMK. Nyalas (1.12.1995 - 16.07.2010 - seperti dalam surat lantikan.)

Lama juga aku di SMK. Nyalas.
Mungkin ini akan menjadi sejarah : Pernah bertugas di SMK Tun Perak (1980 - 1982)
- SMK Selandar 1983
- SMK Simpang Bekoh (Mac 1983 - 1994)
- Guru Koperasi : 25 tahun
- Bertugas bersama isteri : 25 tahun
- Ketua Panitia Geografi : 10 tahun
- Ketua Pengawas PMR : lebih 10 tahun
- Waden Asrama SMK Tun Perak : 2 tahun
Semuanya akan kekal dalam lipatan sejarah:
Esok aku akan melangkah meninggalkan semua yang telah biasa
Esok aku akan mulai sesuatu yang pasti sukar dalam usia yang semakin tua
menghadapi situasi baru yang sepatutnya berlaku 10 tahun dahulu
Mampukah aku
Terimalah......
Ya! Allah berilah aku kekuatan, mudah-mudahan ini merupakan kudratMu yang terbaik.Aku pasti ini ketentuanmu. Aku yakin. Alhamdulilah. Aku terima. Syukurillah.

No comments:

Post a Comment