Saturday, July 10, 2010

ISRAK MIKRAJ 1431H/2010M

Bulan Rejab datang lagi. Bulan kebesaran Islam. Nabi Muhamad SAW diperjalankan dari Masjidir Haram Ke Masjidil Aqsa dan terus di Mikrajkan ke Langit ke 7. Itulah yang diulang kerap kali datangnya Rejab ini. Nabi Muhamad SAW dipertontonkan dengan nikmat syurga dan sangsara neraka. Akhirnya Solat 5 waktu diwajibkan ke atas umatnya.
Surau Al Abidin Kg. Abbey, baru sahaja selesai mengadakan majlis tersebut. Ustaz Rahimin Bani berceramah lengkap menggunakan LCD.Ramai juga penduduk Kampung yang keluar. Dikhabarkan makanan pada malam itu tidak mencukupi.
Subhanallah, Maha suci Allah. Begitulah setiap kali diadakan ceramah. Sambutan amat menggalakkan.
Esoknya. Subuh, Aku ke surau. Cuma kami bertiga. Seorang Imam dan 2 orang makmum. Surau sepi pagi itu. Begitulah biasanya, selepas mendengar ceramah. Ustaz beria-ia mengatakan solat berjemaah itu dituntut terutama kepada makmum lelaki. Surau tetap sepi.
Waktu solat yang lainnya sama sahaja. Makmumnya tidak bertambah.
Ya Allah, bukakan pintu hatiku ini agar bersegera ke surau atau ke Masjid.
Ya Allah, permudahkan urusanku agar sentiasa berjemaah
Ya Allah, ampuni aku, dosa hambamu yang hina ini. Terlalu banyak rasanya dosa yang kutanggung.
Ya Allah, lindungi aku,ibuku,isteriku, anak-anakku dari sebarang kemungkaran.
Ya Allah, bukalah pintu taubatmu, ampuni dosa-dosaku. Ya Allah.
Tidak banyak perkara kebaikan yang kulakukan pada Bulan Rejab ini.
Ya Allah, berilah aku kesempatan untuk terus melalui kehidupan pada bulan Syaaban dan Ramadhan Al Mubarak Ya. Allah.
Aku mohon padamu Ya Allah.
Aku Mohon padamu Ya Allah. Subhanallah. Allah Akbar!

No comments:

Post a Comment