Tuesday, July 27, 2010

Hari Terakhir di SMK Nyalas


27 Julai 2010, Saya ke SMK Nyalas untuk selesaikan beberapa kerja dan penyerahan kunci koperasi,dan serahan Fail Panitia Geografi.

Saya sempat juga menyampaikan ucapan perpisahan kepada semua pelajar. Pada kesempatan ini juga Pelajar 3Bestari (Saya mengajar Bahasa Melayu & Geografi) bergambar. Pelbagai aksi ditunjukkan.(35 orang semua)Semoga semua berjaya dalam peperiksaan PMR 2010.
Pesanan cikgu yang terakhir: Cikgu bukan sekadar mengajar mengeja dan membaca
Cikgu juga penunjuk jalan untuk berjaya,Bijak memilih pahala bukan dosa,syurga tidak neraka.Cemerlang akademik dan sahsiah. Menjadi insan yang membalas jasa ibubapa,berbakti kepada bangsa dan insan yang mulia menjunjung agama setiap masa.Insyaallah.

Thursday, July 22, 2010

TERIMALAH

Hari ini,Khamis bersamaan 22 Julai 2010, sepatutnya aku menerima watikah pelantikan Pengerusi JKKK Kg. Pondok Batang/Abbey di MITC Melaka, tetapi pada 1 JUN 2010 jawatan itu telah kuserahkan kepada rakanku. Aku tidak ke MITC.
Jam 12.00 tengahari, aku dihubungi Unit Naik Pangkat JPM untuk hadir mengadap Pengarah Pelajaran Negeri Melaka pada jam 2.00 petang.
Aku ke sana. Pengarah berucap berkaitan perjawatan dan keguruan:
Guru/Cikgu mesti : Cerdik
Cikgu mesti : Integriti
Cikgu mesti : Komited
Cikgu mesti : gigih
Cikgu mesti : Unggul - Menepati masa
- Penampilan kemas
- tuturkata
- perlakuan
Dan akhirnya aku menerima : dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum Di SK Chabau, berkuatkuasa pada 16.07.2010.
Perasaanku berbagai rasa : semacam satu kejutan, (Gembirakah,sukakah,terimakah...entahlah)
Sebelum ini aku rasa cukup dipinggirkan, hari ini bila ditawarkan terasa tidak menggembirakan
Sebelum ini aku rasa bagai tidak dipedulikan, hari ini bila saat begini terasa aku bagai hilang punca, hilang kekuatan dan hilang keyakinan.Aduhai ini aku sebenarnya - tidak pernah kukuh jatidiri.

Esok tamatlah perkhidmatanku di SMK. Nyalas (1.12.1995 - 16.07.2010 - seperti dalam surat lantikan.)

Lama juga aku di SMK. Nyalas.
Mungkin ini akan menjadi sejarah : Pernah bertugas di SMK Tun Perak (1980 - 1982)
- SMK Selandar 1983
- SMK Simpang Bekoh (Mac 1983 - 1994)
- Guru Koperasi : 25 tahun
- Bertugas bersama isteri : 25 tahun
- Ketua Panitia Geografi : 10 tahun
- Ketua Pengawas PMR : lebih 10 tahun
- Waden Asrama SMK Tun Perak : 2 tahun
Semuanya akan kekal dalam lipatan sejarah:
Esok aku akan melangkah meninggalkan semua yang telah biasa
Esok aku akan mulai sesuatu yang pasti sukar dalam usia yang semakin tua
menghadapi situasi baru yang sepatutnya berlaku 10 tahun dahulu
Mampukah aku
Terimalah......
Ya! Allah berilah aku kekuatan, mudah-mudahan ini merupakan kudratMu yang terbaik.Aku pasti ini ketentuanmu. Aku yakin. Alhamdulilah. Aku terima. Syukurillah.

Monday, July 19, 2010

kisah kucing peliharaan familiku





Kami memiliki 3 ekor kucing yang cukup comel. Manja dan menghiburkan.
Isteriku cukup sayang terutama pada si Kelabu dan si Busuk.
Kedengaran gurau senda mereka.
Anakku yang lelaki pun begitu, sayang semua kucing-kucing yang ada.
bermain dan bergurau tak kira masa.
Si Kucing semacam tahu bahasa, melayani setiap ahli keluarga yang ada.
Aksinya kekadang cukup menghiburkan.
Cuma :
Saya ada kucing,
selalu pulak kencing
rumah berbau hancing
saya yang selalu pening
Yang kecil warna kelabu, yang besar dipanggil busuk
semua keja aku, berak muntah aku yang yang gosok.
Di luar ada seekor lagi, berkurap dan kotor
kerap mengiau,mohon belas kasihan,
memberi salam meminta makanan
Kami cukup kasihan,nasib malang yang menimpa,angkara siapa kucing peliharaan dibuang tanpa ehsan.
Kami kerap bagi makan,walaupun hidup terbuang, tidur ditepi longkang, tetap menjadi kawan.Cuma satu yang tidak kami senang,anak yang baru lahir turut jadi makanan.
(anak-anakku begitulah nasib kalau dah terbuang, dihina dihalau tanpa belas kasihan.- ingatlah moga kita tidak seperti sikucing yang dibuang)

Saturday, July 10, 2010

ISRAK MIKRAJ 1431H/2010M

Bulan Rejab datang lagi. Bulan kebesaran Islam. Nabi Muhamad SAW diperjalankan dari Masjidir Haram Ke Masjidil Aqsa dan terus di Mikrajkan ke Langit ke 7. Itulah yang diulang kerap kali datangnya Rejab ini. Nabi Muhamad SAW dipertontonkan dengan nikmat syurga dan sangsara neraka. Akhirnya Solat 5 waktu diwajibkan ke atas umatnya.
Surau Al Abidin Kg. Abbey, baru sahaja selesai mengadakan majlis tersebut. Ustaz Rahimin Bani berceramah lengkap menggunakan LCD.Ramai juga penduduk Kampung yang keluar. Dikhabarkan makanan pada malam itu tidak mencukupi.
Subhanallah, Maha suci Allah. Begitulah setiap kali diadakan ceramah. Sambutan amat menggalakkan.
Esoknya. Subuh, Aku ke surau. Cuma kami bertiga. Seorang Imam dan 2 orang makmum. Surau sepi pagi itu. Begitulah biasanya, selepas mendengar ceramah. Ustaz beria-ia mengatakan solat berjemaah itu dituntut terutama kepada makmum lelaki. Surau tetap sepi.
Waktu solat yang lainnya sama sahaja. Makmumnya tidak bertambah.
Ya Allah, bukakan pintu hatiku ini agar bersegera ke surau atau ke Masjid.
Ya Allah, permudahkan urusanku agar sentiasa berjemaah
Ya Allah, ampuni aku, dosa hambamu yang hina ini. Terlalu banyak rasanya dosa yang kutanggung.
Ya Allah, lindungi aku,ibuku,isteriku, anak-anakku dari sebarang kemungkaran.
Ya Allah, bukalah pintu taubatmu, ampuni dosa-dosaku. Ya Allah.
Tidak banyak perkara kebaikan yang kulakukan pada Bulan Rejab ini.
Ya Allah, berilah aku kesempatan untuk terus melalui kehidupan pada bulan Syaaban dan Ramadhan Al Mubarak Ya. Allah.
Aku mohon padamu Ya Allah.
Aku Mohon padamu Ya Allah. Subhanallah. Allah Akbar!

Thursday, July 1, 2010

Sama tetapi berbeza

Pada suatu hari di satu tempat yang agak sunyi, mereka ini secara tidak sengaja bergandingan.Mereka sekadar tiada beza jantina,
sama segak bergaya, baju dan seluar sewarna serupa
Kasut hitam,bertali leher, senyum sejahtera,
Saiz badan gempal bersahaja.
Siapakah dia : Mereka sebenarnya serupa yang berbeza
Yang satu : seorang Pengetua - saya cuma guru biasa
Yang satu : punya kuasa - saya cuma punya setia
Yang satu : pena berbisa - saya tidak punya apa-apa
Sesungguhnya mereka pada hari itu berganding sama tanpa memikirkan apa-apa.
Terima kasih Tuan Pengetua kerana menjadikan saya guru biasa, terasa gembira dan diharga
Terima kasih Cikgu kerana memberikan saya peluang berdiri bersama walaupun seketika.
(Catatan untuk En. Mat Nor bin Mat Dan - Pengetua SMK. Nyalas. Sempena Hari Koperasi)