Sunday, August 18, 2013

Raya 2013

Puasa dan raya 2013:
Alhamdulilah diberi kekuatan untuk melunaskan puasa pada ramadhan kali ini. Mudah2an Allah akan memberi nilaian terbaik, meskipun aku tahu puasaku sekadar berlapar perut sahaja. Aku tidak mampu berpuasa pancaindera yang lain. Mata, lidah,telinga , kaki tangan, nafsu aku akui tidak dapat mengiringi niat puasa yang sebenar.
Ya, Allah inilah yang termampu,
Aku juga bersyukur dapat bersolat tambahan, bertarawih pada malamnya, Lapan rakaat seperti lazimnya. Mudahansolat ini mampu menambahbaik puasaku yang rosak.Alhamdulilah.
Ramadhan telah berlalu,syawal mendatang....
Persiapan biasa.Ala kadar. Beraya bersama keluarga, bermaaf-maafan.
Aku juga dikunjungi anak-anak murid dan bekas- anak murid. Dah bujang dan  dara mereka.Serono juga melihat mereka.
Raya ini ini kucatatkan bingkisan Kad Hari raya yang kuterima.Sengaja  catatan ini kerana raya 2014 pasti kad seperti ini tidaka kan kuterima lagi.......
1.YB Dato Seri Diraja Mahzir Khalid : Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi hijau dan Air/Ahli Majlis Tertinggi Umno Malaysia.
2.YB Datuk Wira Hj Abdul Ghafar bin Hj Atan : ADUN kawasan Asahan/Exco Kerajaan Negeri Melaka/Ketua UMNO Alor Gajah.
3.YB Datuk Hj Ab Wahab bin Hj Ab Latip : ADUN Durian Tunggal/Timb. Ketua UMNO Alor Gajah
4.YB Datuk Hj Ahmad b Hj Maslan : Timbalan Menteri Kewangan/Ketua Penerangan UMNO Malaysia/AP Pontian
5.YB Mas Ermieyati Samsudin : AP Masjid Tanah/Ketua Puteri UMNO Melaka
6.YB Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi: Naib Presiden UMNO/Menteri Dalam Negeri
7.YB Tan Sri Dato Hj Muhyiddin b Hj Mohd Yassin:Timbalan Perdana Menteri Malaysia
8. Datuk Seri Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam: Mantan Ketua Menteri Melaka
9. YB.Ir Datuk Harun bin Hj. Idris : Ketua Menteri Melaka
10.Hj Nordin bin Ali : Naib Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah.
Terima kasih atas kiriman, semoga kalian terus berjaya
Raya 2014: Akan sunyilah, tiada lagi kerana pada 18 Ogos 2013 aku sudah menjadi ahli biasa UMNO cawangan. Alhamdulilah setelah 17 tahun, hari ini aku sudah tidak mampu menggalas tanggungjawab. Kudrat yang ada tidak berdaya meniti hari-hari mendatang yang kian mencabar. Aku bukan penakut tapi tidak rela menggadai masa depan anak bangsa. Perjuangan perlu diteruskan walaupun sebagai Ahli Biasa.....Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment