Friday, January 20, 2012

BERSAMA CIKGU MARZUKI


Hari ini 20 Januari 2012, Cikgu Marzuki diraikan menyambut hari kelahiran ke 56, dan berakhirlah dunia Keguruan yang dilampaui melebihi 30 tahun, Telah beratus mungkin beratus ribu anak muridnya seantero Malaysia hasil kreativitinya sebagai guru.
Cikgu Marzuki yang aku kenal selama di SMK Nyalas, amat berbeza dengan guru lain, sebagai seorang senior,sentiasa kool, mesra dengan anak murid,mengajar kerap di kelas paling hujung, kalau ada majlis sekolah, letaklah dipos mana, tak pernah bantah,kebiasaannya di bahagian kebersihan, sesuai dengan minatnya sebagai menjaga keceriaan sekolah. Bergerak perlahan tapi tak pernah terlewat, bersuara perlahan tapi mudah difaham, mesra senyuman walau baru berkenalan.
Tak kira cuti, datang ke sekolah tanam pokok bunga, tapi pokok tak pernah besar, kerana setiap pengetua baru datang, pokok di tebang tanam pokok baru.Tapi Cikgu Marzuki tetap tabah kehujung usia.
Hari ini betapa seronok cikgu Marzuki, Esok tak perlu lagi meneruskan tradisi, masuk kelas, terima salam, mengajar- pastinya bahasa Melayu tingkatan 3Cekal.... keluar kelas, tengok pokok bunga.
Cikgu Marzuki yang aku kenal,jagalah kesihatan, jagalah makan,orang pencen kerap rasa tak keruan, hidup bagai macam kehilangan,situasi yang dilalui mencabar pertimbangan. Jangan biarkan penyakit yang ada menguasai diri.Pandai-pandailah urus diri. Cikgu mesti menjadi guru pencen berprestasi tinggi.
Tahniah, cikgu akan terus diingati sebagai individu terpuji membina modal insan terpuji, Malaysia maju hari ini adalah sentuhan terpuji cikgu.
Selamat bersara cikgu......

No comments:

Post a Comment