Friday, December 31, 2010

Warna kehidupan 2010

















Hari ini 2010 menutup tirainya. Berlalu dan pergi. Apa yang pasti kehidupan semakin hampir dengan kematian.Alhamdulilah, 365 hari dapat aku lalui dalam usia yang semakin tua. Memang terasa usia sudah hampir ke penghujung.
Hari-hari yang kulalui dengan tenang, bersama-sama dengan isteri dan anak-anak. Kehidupan berkeluarga yang sederhana. Anak-anak yang semakin membesar. Begitu juga denganurusan keluarga sendiri, ibu yang semakin lanjut usia, kerap sakit-sakit perlu segera dibawa rawatan. Tugas yang dijawat semakin mencabar, 3 bulan yang terakhir ini aku menerima tugas baru di tempat yang baru, dan rakan-rakan sejawat yang baru.
Beberapa diari masih dalam ingatan yang telah merubah sedit rentak kehidupan
1. 31 Mei 2010 ; Melepaskan jawatan Pengerusi JKKK yang telah melewati 10 tahun aku sandang. (walaupun aku boleh bertahan sehingga 2014). Terasa benar damai, tenang dan tenteram kehidupanku selepas tarikh itu.
2. 16 Julai 2010 : Dilantik sebagai GPK Kokurikulum di Sk. Chabau. Pelantikan ini kuterima juga akhirnya(Selama ini aku cuba memberi pelbagai alasan).Melalui kehidupan sebagai pentadbir sekolah juga dengan tenang dan berhemah. Alhamdulilah lalui itu tidak sesukar yang kusangka.
3. 3 Disember 2010 : Konvokesyen Siti Noor Nadhirah di UITM. Bangga juga aku menjadi ayah melihat anak-anak yang berjaya. Segolong Ijazah dapat kusaksikan. tahniah.
4. 8 Disember 2010,KT/MH150 gagal terbang: tarikh itu sepatutnya aku, bersama ibu dan isteri ke KLIA jam 12.30th. Untuk ke Mekah mengerjakan UMRAH. Tapi terpaksa dibatalkan kerana VISA gagal diperoleh daripada kerajaan Arab Saudi. Agak terkilan juga hati apabila hal ini berlaku. Aku gagal membawa ibu yang sepatutnya pada tahun 2009 ikut sama mengerjakan Fardhu Haji.
Esok 1 hb. Januari 2011, terus melanjutkan usiaku.
Esok 1 hb. Januari 2011, menguzurkan kudratku
Esok 1 hb. Januari 2011, menuntut kekuatan iman, menuntut kekuatan akal dan minda, menuntut azam dan keyakinan.
Dunia yang semakin mencabar, dunia yang semakin tidak terbendung kerenah dan angkara manusia, dosa yang sudah kelihatan terbiasa, Pahala yang dianggap luar biasa dan terpinggir.
Aduhai, hati : kuatlah agar aku mampu berdiri
Aduhai, jiwa : hiduplah agar aku mampu mencipta citra kehidupan yang cemerlang dan diredhai.
2011 - Biarlah hadir.

No comments:

Post a Comment