Subhanallah, Maha Suci Allah penguasa seluruh alam,
Pagi tadi 7 November 2010, bersamaan Hari Ahad, Cuaca agak dingin kerana hujan dini hari.Kami warga Kampung Abbey sekali lagi dikejutkan dengan berita kematian. Peristiwa 4 Ogos 2009 berulang. Kematian berganda tentuan Allah SWT.
Jika 4 Ogos 2009, ayahku menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah menanggung sakit yang bertahun. Pada pukul 10.00 pagi semasa jenayah dalam urusan untuk dibawa balik dari Hospital besar melaka, Mohd Isa (Menantu Hj. Ramli Abdullah) pula meninggal dunia. Jenazah ayahku dikebumikan pada pukul 12.00 th,manakala jenazah Mohd Isa dikebumikan pada pukul 5.00 petang hari yang sama.
Pagi hari ini keluarga Hj. Ramli sekali lagi dikejutkan dengan tragedi kematian. Anak perempuannya Hjh. Fatimah bersama ipar dan 2 orang lagi saudara sebelah suami terlibat dalam kemalangan jalanraya di Pahang (Lebuhraya Muazam Shah).Kematian yang trajis berlaku pada pukul 10.00 malam. Sedang keluarga bersiap menunggu jenazah, Pakcik Tahir Kamat yang telah sakit agak lama pula menghembuskan nafasnya yang terakhir.Berusia hampir 80 tahun.
Inilah ketentuan Allah, Manusia diuji, Allah akan menguji manusia yang cukup disayangi. Hj. Ramli dan Isteri Hjh. Meriam diuji dengan ujian yang maha hebat. Walaupun berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Kita hanya mampu mengucap takziah namun diri yang ditimpa ujian terasa tidak tertanggung.
kepada kedua-dua keluarga, redhalah dengan ketentuan ini.Bersabarlah setiap yang hidup akan menuju kematian.
Kepada penduduk kampung Abbey, percayalah ini merupakan petunjuk dan amaran Allah agar kita sentiasa bertawakal, menjauhi larangan dan tegahan Allah. Mudah-mudahan peristiwa ini membuka ruang dihati kita agar membersihkan hati dan bersatu kearah insan yang bertawakal,alim mengerjakan suruhan tegal meninggalkan larangan. Amin
(Makluman Tambahan :
Pada Jumaat 21 Januari 2011, Hj. Abu Hasan bin Ani telah meninggal dunia, mengikut jejak isteri tercinta Fatimah Ramli. Dikebumikan selepas Solat Jumaat. Kematian yang telah dijangka kerana mengidap barah tahap 4 yang kronik. Mereka meninggalkan seorang puteri yang baru berumur 10 tahun.)
Sunday, November 7, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment