Sunday, February 27, 2011

yaa hoo Dirah dapat keje




Tadi,27/2/2011, kami Ke Dewan Datuk Ahmad Hj. Ithnin(Bapa Roslan Ahmad, calon BN kawasan Merlimau) untuk sesi temuduga terbuka, kami dikhabarkan 15 Agensi dengan hampir 1000 tawaran kerja.
Kami sampai pukul 10.30 pagi, suasana dah agak sesak,Pencari kerja hadir dengan penampilan yang tiptop bersopan, cuma Dirah saja agak kurang dari segi penampilan. Kami singgah dibeberapa agensi, isi borang dan tinggalkan biodata diri.
Bagi agensi "Kolej Uniti" sesi temuduga dilakukan.
Ada penemuduga Haji Kay, ada soaljawab,
Dan tawaran kerja diberikan secara lisan,
Daftar pada 7 Mac 2011, di Pasir Panjang Port Dickson.
"Apa yang dimusykilkan-tawaran yang cukup mudah secara lisan,
makluman tentang gaji dan jawatan pun secara tidak jelas"
Apapun dalam rasa tidak percaya, Dirah dah dapat kerja dan sedang memerah otak untuk menetapkan keyakinan dan kepastian.
Bidalan orang tua "Berjagung-jagung dahulu sebelum padi masak " atau " tuai mana yang masak dahulu" amat sesuai untuk situasi ini. supaya kita tidak menggenggam angin.
Insyaallah, mudah-mudahan ini rezeki awal.Alhamdulillah .

Saturday, February 19, 2011

Perjumpaan Ketua UMNO Cawangan dengan JKKK Pondok Batang/Abbey




Teks ucapan Ketua UMNO Cawangan dalam majlis tersebut
Assalammualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.
Yang dihormati Encik Usly bin Abu, Pengerusi Jkkk, Encik Md. Sali Abdul, setiausaha JKKK, Puan Hjh Hasmah bte Silong, Ketua Pergerakan Wanita UMNO cawangan,Pn. Saliza Md. Shah, Ketua Pergerakan Puteri Cawangan, Tuan Haji, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.
Awal bicara, saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga,terutama kepada Pengerusi JKKK kerana menerima permintaan saya untuk hadir dalam mesyuarat JKKK pada bulan ini. Sebenarnya kehadiran saya bukan niat untuk memantau perjalanan mesyuarat, jauh sekali untuk mencari kesilapan mana-mana pihak.Niat utama kehadiran saya adalah untuk sekadar mahu bertemu muka dengan semua AJK JKKK yang telah dilantik. mahu mengucapkan tahniah dan syabas, dan lebih penting berhasrat menyuntik semangat agar terus bertenaga menguruskan kampung, membantu Pengerusi JKKK, berganding bahu menterjemahkan slogan YAB Perdana Menteri "Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan."
Saya secara peribadi mengucapkan tahniah terutama kepada pengerusi dan semua JK kerana selepas bulan Jun(Peralihan kuasa) kampung dapat diurus dengan baik. Terutama dalam insiden banjir yang baru lalu. mangsa banjir telah menerima bantuan yang sepatutnya dari semua pihak.
Saya memohon kemaafan kerana dalam tempuh tersebut banyak program yang tidak dapat saya sertai/ikut serta antara Jamuan Hariraya, Gotong Royong dan semasa banjir. Ini tidak dapat saya elakkan kerana saya terlibat dengan ketentuan yang lain. Saya Mohon maaf.
Pada kesempatan ini juga saya ingin maklumkan apa sahaja program kampung, wajarlah diutamakan Pengerusi JKKK. saya sebagai Ketua UMNO rasa agak janggal kalau dalam majlis tersebut diminta berucap atau merasmikan.Saya lebih utama dalam majlis yang berbentuk perhimpunan politik. Saya tidak menolak kalau saya diperlukan berucap. Saya sudi datang walaupun melalui panggilan SMS atau telefon. Tidak menjadi masalah.Tidak perlulah ada cenderahati atau buah tangan diberi kerana ini program kita bersama.
Untuk perkembangan politik cawangan, saya ingin maklumkan bahawa mesyuarat cawangan akan diadakan mulai bulan Mac, mohon ketua sayap dapat membuat persediaan. Setiausaha akan uruskan surat panggilan, buku mesyuarat dan persiapan tempat. Mesyuarat biasa ,tiada pemilihan sehingga 2014. Saya juga mohon Pengerusi JKKK menyiapkan senarai pendek projek kampung sebagai persediaan awal persiapan pilihanraya ke 13. Jentera piliharaya akan saya susun mulai sekarang.
Akhir bicara saya sekali lagi mengucapkan tahniah kepada semua AJK yang dilantik,Mohon kerjasama bantu Pengerusi JKKK .
Mohon Maaf dan terima kasih.

Wednesday, February 16, 2011

Maulidur Rasul 1432 Hijrah/15.2.2011







Alhamdulilah,Subhanallah, sempat juga tahun ini aku menyertai program Maulidur Rasul yang diadakan oleh kampung sekitar.
Pada 15.2.11 (5.00 petang )- berarak dan berselawat dari IKS pondok Batang ke madrasah Pondok Batang. Bergema selawat oleh hampir 300 peserta menusuk dalam jiwa, Nabi Muhamad SAW pembawa sinar dan penyelamat ummah.
Pada Malamnya : majlis ceramah diadakan di madrasah An Nur Kg. Gubah.
Pada 16.2.11.: satu lagi ceramah diadakan di Masjid Nurul Huda Masjid baru.
Pada kesempatan ini terasa syukur termasuk dalam golongan insan pilihan, menjadi ummat Nabi Muhd SAW.Mudah-mudahan diberi nanti syufaat dan pertolongan di padang Mahsyar, ketika dosa yang tidak terampun dan jasad terima hukuman.
Ya Allah berilah aku kekuatan untuk terus berselawat ke atas NabiMu.
Ya Allah berilah aku ruang waktu agar dapat ku isi dengan memuji NabiMu
Ya Allah berilah aku kesungguhan mengikut sunnah NabiMu.
Ya Allah padaMu aku memohon,
padaMu aku berserah jiwa
Aku Naik Saksi bahawa Allah Tuhanku & Nabi Muhamad Rasulluhah
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.

Thursday, February 3, 2011

Terima kasih TUN /YAB Datuk





Rakyat Melaka khususnya mangsa banjir rasa teruja apabila dikunjungi pemimpin negari.
Kedatangan Tuan Yang Terutama TUN Khalil Yaakob dan Yang Amat Berhormat Datuk Mohd Ali bin Rostam di Pusat Mangsa Banjir Di SK. Chabau meredakan dan menenangkan resah gelisah mangsa. Terima kasih Tun, terima kasih YAB dan Terima kasih juga YB Dun Rim (YB Yazid)
Tarikh : 31 Januari 2011
Masa : 1.30 tengahari
Tempat : Sk. Chabau.