Sunday, January 30, 2011

Hujan oh hujan

Hujan yang turun tidak berhenti beberapa hari ini meninggalkan kesan yang begitu mendalam kepada penduduk kampung. Dengan Harga getah yang tinggi harapan penduduk untuk menambah pendapatan tergendala. Hujan terus turun walaupun agak perlahan tetapi berpanjangan .
Kampung mula banjir, jalan perhubungan terputus untuk kenderaan kecil. Rumah-rumah khususnya yang terletak di tepi sungai mula dinaiki air. Penduduk mula bimbang sekiranya hujan berterusan mereka akan diarahkan berpindah. Kalau ini berlaku tercatatlah dalam sejarah hidup ku setelah 52 tahun baru kali ini aku dan keluargaku berpindah kerana banjir. Mungkin ini ada hikmahnya. Sesuatu musibah itu merupakan satu peringatan daripada Allah, mudah-mudahan kita sedar dan insaf, mudah-mudahan kita semua taqwa . InsyaAllah mudah-mudahan kita tidak lupa ini ujian menguji kesabaran.



Saturday, January 29, 2011

Program gerakgempur ICT di Kg. Abbey



PADA 29 DAN 30 JANUARI 2011 INI JKKK KG. ABBEY BERSAMA K EKONOMI JABATAN KETUA MENTERI MELAKA MENGADAKAN KURSUS ASAS KOMPUTER UNTUK SURIRUMAH DAN WARGA EMAS DI KAMPUNG ABBEY/PONDOK BATANG. PROGRAM INI JULUNG-JULUNG KALI DIADAKAN UNTUK MEMASTIKAN PENDUDUK KAMPUNG DI JKKK INI CELIK IT DAN TAHU SERBA SEDIKIT MENGENAI ASAS KOMPUTER. KITA SEHARUSNYA BERSYUKUR SEBAGAI RAKYAT NEGERI MELAKA KERANA MEMPUNYAI KETUA MENTERI YANG BERFIKIRAN JAUH DAN SENTIASA MEMAHAMI KEHENDAK DAN KEPERLUAN RAKYAT.INI ADALAH SATU PROGRAM YANG BAIK DAN MAMPU MEMACU MELAKA SEBAGAI SEBUAH NEGERI MAJU BERTEKNOLOGI HIJAU..TAHNIAH K EKONOMI..TAHNIAH MELAKA..TAHNIAH KETUA MENTERI MELAKA..
ehsan dari kampungabbey.blogspot.com


Monday, January 24, 2011

Kasih yang semakin hilang


Kian jauh
Kian hilang

Kasih antara kita
Nampak tenang
Pada zahirnya
Tapi batin terseksa
Yang terguris tak nampak dimata

Yang terhiris terluka

Sesekali terbit air mata

Tahan sebak didada

Ke manakah..nak dibawa

Resah kian melanda
Di manakah

Hendak ku khabar

Pilu di dalam dada

Bila kasih di hujungnya nyawa

Rasa ingin dimanja

Perasaan pun kian tersentuh

Bila rindu ini berlabuh

Apakah yang dikejar dalam hidupmu

Berkali ku kata padamu

Kita singgah di dunia yang sementara

Penuh tipu daya

Yang kekal
Disana
Biarlah..kita bersama
Usahlah
Hanyut terus terlena
Kerana dunia
Pada aku masih ada

Kasih belum terhakis

Sebenarnya..sudah lama

Ku sungguh berkecil hati

(entah mengapa tiba-tiba lagu ini menyentuh perasaan
Entah mengapa tiba-tiba lagu ini menghibakan)
Entahlah...

Friday, January 7, 2011

Pendidikan Moral Tahun 1 KSSR








7Januari 2011, sekolah baru bermula. Anak-anak nampak riang datang ke sekolah. Ibu bapa sememangnya cukup lega apabila sekolah dibuka semula. Hampir 2 bulan terbeban dengan anak-anak yang bercuti.
Memang jauh bezanya anak-anak sekarang, masa bercuti dihabiskan dengan aktiviti lasak yang kadang-kadang amat merisaukan. Tiada aktiviti mandi sungai di hujung kampung, pergi memancing membawa joran buluh yang panjang berumpankan cacing. Tiada aktiviti main galah panjang, pergi mengaji alQuran di awal malam.
Ada antara mereka berbasikal kayuh satu tayar, konvoi ke taman-taman rekriasi dan yang lebih hebat beraksi rempit.
7 Januari, aku memulakan kelas Pendidikan Moral Tahun 1, berkenalan dengan RAZREEZ DANIEL anak kaum Bumiputra. Berwajah ceria, agak pelat bila bercakap tapi amat petah. Agakterhibur apabila bercakap, mengeja dan masih belum pandai membaca.
Agak berbeza dengan VIGENESVARY, masih belum mengenal huruf,mengeja ikut suka, tapi masih ceria, menjawab apa saja .
Begitulah anak-anak yang masih tak mengerti apa-apa, mohon diberi didik dan ajar dengan kasih sayang, tunjuk ajar dengan penuh kasih sayang.
Aku memang bersemangat bila melihat Daniel yang datang dengan menggalas beg yang penuh buku, ceria dan tersenyum. Pun dengan rakannya Vigeneswary tetap mereka mesra. Aku sayang mereka.

Saturday, January 1, 2011

1.1.11 - Pesta minum air kelapa(rumah mertua)






Pesta dimulakan dengan memetik beberapa biji kelapa. Mengopek
Mengumpulkan air dalam bekas besar
Mencungkil isi
Mencampurkan air dengan sedikit gula
dan ais ketul.
Minumlah selagi mampu
(sedap: manis, sejuk, isi kelapa lembut)
Aduhai sedapnya(Mentua lalu belakang tak nampak)