Monday, September 27, 2010

AL Fatehah untuk sahabat-sahabatku

Hari ini aku tersentak lagi. Sahabatku Guru Besar SK Serkam Darat,Cikgu Sulaiman bin Sail meninggal dunia. Akhirnya arwah akur dengan takdir yang telah ditentukan.Lama sakit dan menanggung derita. Diberitakan selamat dikebumikan pada jam 10.00 pagi, 27 Sept 2010, dalam usia 52 tahun(seumur dengan aku). Al Fatehah semoga rohmu dicucuri rahmat, diampunkan dosa, dijauhkan seksa kubur.Insyaallah.

Ramai sudah sahabat-sahabatku pergi menemui Allah, sekadar menyebut beberapa nama yang berita pemergiannya sampai ke pengetahuanku. Moga semua sahabat juga mendapat keampunan,(Sepanjang pengetahuanku mereka adalah insan yang baik,mulia, terpuji):
- Saini bin Istamar
- Fatimah bte Jusuh
- Azmi bin Tumpang
- Lokman Hakim bin Wahab
- Johari bin Taib
- Ab. Ghafar bin Tambi
- Hasnor bin Salim
Aku juga dikhabarkan dengan keadaan Anuar bin Ismail yang sedang menderita sakit yang sukar disembuhkan.

Aduhai, Ya Allah betapa kerdil aku disisimu, dalam usia begini terasa amat takut mengadapmu dengan dosa yang terlalu banyak, amal yang terlalu sedikit. Bagaimana aku akan datang kepadamu ya Allah!
Aku cukup tahu bahawa solatku, puasaku, tidak cukup membantu melewati syurgamu,
Aku cukup tahu amal kebaikanku juga terlalau sedikit untuk memudahkan aku melewati syurgamu.
Ampunilah aku Ya Allah,
Berilah aku kekuatan melalui kehidupan yang sedikit ini dengan kelapangan mengerjakan suruhanmu dan meninggalkan tegahanmu.
Ya Allah, entah bila akan Kau ambil nyawaku, aku tidak tahu,
berilah aku peluang Ya Allah, peluang menyucikan diri dari segala dosa yang aku lakukan,
Ampuni aku ya Allah.
Ampuni segala dosa-dosaku ya Allah.
Subhanallah
Allah Hu akbar!
27April 2011 : seorang lagi sahabatku pergi(Afendi bin Abdullah- rakan sepermainan)
tiada siapa duga ketentuan Ilahi : Alfatehah - semoga Rohnya ditempatkan bersama-sama orang beriman. Amin

Sunday, September 26, 2010

PERKHEMAHAN SK CHABAU 2010

Sk. Chabau telah menjalankan Program Perkhemahan Unit Beruniform
Pada 25 dan 26 Sept. 2010 .

















Sk. Chabau telah mengadakan Perkhemahan Unit beruniform
Tarikh pelaksanaan : 25 dan 26 Sept 2010
Tempat : Kem Motivasi Chabau
Peserta : Murid Pen. Khas, tahun 4, 5 dan 6.
Jumlah : 79 orang
Antara aktivi yang dijalankan
Aktiviti 1 : Ice Breaking
Aktiviti 2 : Pertandingan Memasak
Aktiviti 3 : Demontrasi Bomba
Aktiviti 4 : Jungle Treaking
Aktiviti 5 : Kebudayaan
Aktiviti 6 : Mencari Harta Karun
Aktiviti 7 : Qiamulail
Pada keseluruhannya Program ini berjaya mencapai objektifnya. Peserta mampu mengurus diri dengan baik, berdisiplin, menepati masa, bekerjasama dalam kumpulan. Tidur dalam khemah dengan baik. Hujan yang turun tidak mengganggu program yang dijalankan.
Kerjasama semua guru juga amat terpuji. Terima kasih kepada semua.

Sunday, September 19, 2010

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Isyawal 1431h/10sept 2010









Alhamdulillah Ramadan telah berakhir. Insyaallah amalan puasaku dan solat tarawihku mendapat tempat disisiMu Ya Allah. Itu yang termampu aku lakukan. Dalam payah melawan nafsu amarah, dalam sukar melawan nafsu serakah.
Takbir senja 30 Ramadhan bergema menusuk jiwa memuji kebesaranMu. Aku pasrah.
Awal Laginya berjemaah Subuh di Masjid,
- berkumpul sekeluarga memohon kemaafan
- bergerak ke rumah bonda menyusun jari sepuluh memohon kemaafan daripada ibu. kakak, abang dan adik-adik.
- Selepas bersolat sunat Aidil fitri, berkumpul pula di pusara ayah, bertahlil,memohon agar rohnya diberikan keampunan
-waktu malam, selepas Solat Isya - Diadakan tahlil arwah pimpinan anakku Mohd Ahsraf.

Thursday, September 9, 2010

Hari Terakhir Ramadhan 1431h/9 sept 2010









Hari ini aku berkesempatan menolong isteri tersayang membuat persiapan terakhir menyambut Hari Raya Aidil Fitri.
Tolong bersihkan halaman rumah, menyapu membakar sampah,
kerja itu pada waktu pagi.
Tengahari tolong siang daging, nak buat rendang,
potong ayam, ayam dapat tangkap seekor sahaja, yang lain melarikan diri.
Sempat juga membersihkan kacang tanah, entah nak buat apa aku pun tak tahu.

Lepas tu tolong masakkan ketupat, buat pula ketupat daun palas. Tahun ini beraya dengan ketupat daun palas. Tolong pulak pasang langsir, kain langsir yang dah berusia lima tahun, tapi masih berseri. Tahun depan nak beli langsir baru.
Bila petang badan dah penat,
Kami semua penat. ( Aku lupa..... tak pakai baju )
Seronok juga(tak pakai baju)
Tahun ini aje kot, tahun depan entah lah.
Masa tu dah ada menantu, tentu dia orang buat semua.
Bapa mertua masa tu dah uzur, dah tak larat panjat dinding gantung langsir.
Esok hari raya. Puasa dah sebulan.
Subhanallah
Mudah-mudahan solatku. puasaku tahun ini diterima Allah.
Cuma Solat Tarawih ada sedikit kurang. Tak dapat buat. Ampunilah dosaku Ya Allah.